Love Tree's Of Allah

Total Pageviews

Friday, June 8, 2012

Unic - Mencari Yang Maha Satu

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati
(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)
Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi
Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)
Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya
(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi
(Kau Yang Maha Satu)
Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu
Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini
U.N.I.C.C.A.T
(rap)
Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)
Tajuk Nasyid : Mencari Yang Maha Satu
Artis : Unic
Feat : Cat Farish
Album : Tika Itu

Friday, March 9, 2012

Demam

Bismillah.

Hari ini demam.
muka dah merah cam blusher.
hmm.
nikmat sakit ne kann.
kecik2 memang rajin kena kudis,demam etc.
bila dah besar,antibodi kuat SIKIT rasanya.

hmm..
cakap pasal sekolah
minggu ne saya jadi orang sibuk pulak
latihan balingan MSSD
bola baling..
naik cuti dah mula periksa
matapelajaran paling best
course Science and Tech..(Matematik,KH,Sc)
ngee
Math paling fokus
hahah
Algebraic Exp II tu best kut.
Awal2 macam nak gigit meja rasa
tapi sekarang senang hati
US product punye murabbi
sekarang senyum nmpk gigi.
ehheh

cakap pasal family
of course doctor saya makin sibuk.giat kat Azhar
C-programming|dah ikut jejak langkah
yang big bro sorang tuu.
misi sahut cabaran bigger loser taman guru kut

hidup makin sibuk
tapi harap dapat kumpul ramai2
A Biigg Family
Amiin~

#rasa macam sekarang jadi perahsia,lonely,speechless pula..
Rindu suasana SRAB..
Allah.
guide me...

Friday, January 27, 2012

Pasti ada hikmah..

Bismillah. :)

Dalam hidup ini
Kita asyik mengeluh dengan kekurangan,penyakit yang menimpa kita
Bila difikir-fikirkan balik,,sebab apa??kenapa mesti??

Aku duduk diam termenung memandang rimbunan hijau di belakang rumah,sendirian,
Senyum.

Terfikir.

'Nasib baik' kaki aku penuh dengan parut.
Agar aku malu dan menjaga aurat kakiku.

'Nasib baik' aku tidak menjadi yang nombor satu.
Agar aku tahu yang aku bukannya hebat lantas tertanam sifat ujub.

'Nasib baik' aku terkena penyakit yang sering menyiksaku.
Agar aku sentiasa beringat dan kembali kepada Rabbku.

'Nasib baik' ^_^

Ayuh diri.
Teguhkan hati.
Pada Rabb engkau kembali.
Ada hikmah setiap apa yang terjadi.
Usahalah untuk menjadi yang lebih baik.
Syukur,sabar tiap apa yang terjadi.
Ingatlah setisp titipan pesanan Nabi.
Mujahidlah dalam menghadapi ujian duniawi.
Agar akhirat kelak engkau bersama para syurgawi.

Amiin..

Tuesday, December 27, 2011

Kawan..



Dengar baik-baik lagu ne..
Sedih.
Teringat sahabat yang dah pergi menemui Tuhan Yang Esa..
Allah..
Dia hilang betul hari terakhir 1432 hijrah.
Cantik je angkanya
Lemas dekat sungai masa mandi dengan kawan-kawan
Dia,sahabat,Zamir Ammar Hamizan
Kau syahid akhirat kawan..
Tenanglah kau sahabat di sana...

Ya Allah,
Ampunilah segala dosanya
Halalkanlah segala makan minumnya,ilmunya,hidupnya
Berilah dia Adn'mu Ya Allah..

Amiin..

Thursday, December 22, 2011

_Yesterday is memory,Tomorrow is destiny but Today is a gift_

Tahun berganti tahun.
macam baru semalam najah terkial-kial gosok baju hijau tadika dengan inche' big seterika..aduh kene perut(!)
main bola sepak dengan buddies kt kelas masa sekolah rendah.sekali koyak kain..dah~
But now,
tiap-tiap hari set bangun pukul 5 pagi siap2 pergi sekolah..
senyum.
hidup ni mcm pentas drama kan?
Dari kecik..besar sikit..super punye besar =-='
comel.
ingat dulu-dulu..


"Ummi2,baju nie makin hari makin kecik lah.." (sambil belek2 baju tu)
''Bukan baju tu makin kecik..badan kamu makin besar.." :)
'erkk??' -__-'

apapun..hidup kene teruskan jugak kan??

_Yesterday is memory,Tomorrow is destiny but Today is a gift_

moral:same2 bukak betul2 gift Today..peace ya! (0.^)

Tuesday, December 20, 2011

Rainy day:.

Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

Q.S.Al-A'raf:57